Gerak Khas The Movie
Gerak Khas The Movie

Gerak Khas The Movie

Gerak Khas The Movie merupakan filem aksi/jenayah Malaysia 2001 berdasarkan drama kepolisan Gerak Khas.[1] Filem yang diterbitkan, ditulis dan diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam terbitan Skop Productions. Dibintangi oleh Mizal Zaini, Abby Abadi, Erra Fazira, AC Mizal, Datuk Rosyam Nor dan Norman Hakim. Filem ini mengisahkan mengenai Unit Gerak Khas yang ditugaskan untuk menghancurkan satu sindiket yang terlibat dalam kegiatan pengedaran VCD lucah dan pil ecstacy yang diketuai oleh Castelo (Datuk Rosyam Nor). Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 1 Mac 2001.Sebanyak dua sekuel telah dihasilkan, iaitu Gerak Khas The Movie II (2002) dan GK3 The Movie (2005).